7 Tips Penjagaan Bateri Laptop
Opm Madrasah Kab Grobogan
☘️ 7 Tips Penjagaan Bateri Laptop
1. CHARGE BATERI ATAU LAPTOP BARU TERLEBIH DAHULU
Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .
Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.
2. OVERCHARGING
Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)
3. JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI
Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.
4. JANGAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN FABRIK
Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.
5. JANGAN BIARKAN BATERI ANDA 0% ATAU 100% JIKA DITANGGALKAN
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
6. JANGAN TERLALU KERAP CHARGE BATERI
Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.
Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).
Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).
7. ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS
Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.
@komputertips
Post a Comment for "7 Tips Penjagaan Bateri Laptop"